Majlis Bersama Pemimpin Negara Menerap Minat Mahasiswa Dalam Kepimpinan | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » Majlis Bersama Pemimpin Negara Menerap Minat Mahasiswa dalam Kepimpinan

Majlis Bersama Pemimpin Negara Menerap Minat Mahasiswa dalam Kepimpinan

SERDANG, 5 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Bersama Pemimpin Negara iaitu Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Amirudin Shari bagi menerap minat mahasiswa dalam kepimpinan serta cakna dengan isu semasa negara di sini, malam tadi.

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyemarak inspirasi melalui perkongsian kepemimpinan dan pengalaman daripada pemimpin dan alumni yang disegani.



"Perkongsian Dato' Amirudin dalam mentadbir dan menjadi pemimpin melalui persekitaran yang mencabar, dan sekali gus menonjolkan karakter yang berdaya tahan sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025, Matlamat 1, Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang," katanya.

Sementara itu, Dato’ Amirudin yang merupakan alumni UPM kelas 2002 berpesan agar mahasiswa mengambil peluang sepenuhnya di universiti, berfikiran positif dan menampilkan kepimpinan kepada masyarakat.

"Penglibatan pelajar dalam aktiviti yang menjurus kepada pembinaan watak yang serba boleh dan berdaya tahan membantu untuk mendepani cabaran mendatang termasuk pelbagai perkara yang sukar dijangkakan.

"Penyertaan diri dalam kesatuan mahasiswa juga adalah medan terbaik buat mahasiswa untuk kepimpinan masa hadapan dan perlu menanam semangat belajar yang tinggi," katanya.

Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 06/10/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEbTAg~