GARIS PANDUAN

gpjpu

 

 

GARIS PANDUAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI

  1. Contoh format Ringkasan Eksekutif (bagi kertas cadangan yang melebihi tiga (3) muka surat – saiz huruf 12); seperti di Lampiran A1;
  2. Contoh format kertas cadangan seperti di Lampiran A2;
  3. Kertas Cadangan hendaklah disediakan sebanyak 1 salinan;
  4. Salinan digital Kertas Cadangan kepada Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau emailkan ke alamat respons2jpu@upm.edu.my
  5. Kertas Cadangan hendaklah dikemukakan kepada pihak yang diberikan tanggungjawab oleh universiti terlebih dahulu sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Sebagai contoh:-
  • -Aktiviti/cadangan yang melibatkan aspek perundangan seperti Memorandum Perjanjian (MoA)/Memorandum Persefahaman (MoU) hendaklah disertakan ulasan Pejabat Penasihat Undang-undang, Pejabat Pendaftar;
  • -Aktiviti yang melibatkan ICT, hendaklah disertakan pandangan dan ulasan pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC);
  • -Aktiviti yang melibatkan kerja-kerja pembangunan/menaiktaraf hendaklah disertakan pandangan dan ulasan pihak Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA)

Tempoh penghantaran Kertas Cadangan sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat. Manakala tempoh penghantaran Kertas Cadangan yang memerlukan kelulusan seterusnya daripada pihak Lembaga Pengarah Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah dipatuhi.