PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi untuk memastikan pekerja, rakan sekerja, keluarga pekerja, pelanggan dan masyarakat sekitar berada dalam keadaan selamat dan sihat, terpelihara daripada sebarang kemalangan dan bencana di tempat kerja dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, UPM adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dengan merujuk kepada Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996.

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996
Terma Rujukan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ