Borang permohonan Jawatan Pentadbiran Universiti adalah seperti berikut:-
Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran A1 - Undian Pusat Tanggungjawab
Borang permohonan A1 hanya digunakan untuk permohonan sebarang jawatan Dekan dan Timbalan Dekan sahaja.
Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran A2 - Pencalonan
Borang ini boleh digunakan oleh warga UPM yang berhasrat untuk mencalonkan mana-mana prospek yang bersesuaian serta berkelayakan bagi menyandang jawatan Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pengetua bagi Pusat, Institut, Akademi dan Kolej.
Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran A3 - Permohonan Individu
Borang ini terbuka kepada semua warga UPM yang berminat untuk memohon jawatan pentadbiran di universiti.
SYARAT PERMOHONAN:-
- Pemohonan hendaklah merupakan kakitangan Universiti;
- Sebarang pencalonan individu terbuka kepada semua lapisan kakitangan universiti;
- Sebarang permohonan individu hendaklah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan masing-masing (Dekan dan Pengarah);
- Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kekosongan jawatan yang telah diiklan.
- Setiap permohonan hendaklah dipanjangkan kepada:
Jawatankuasa Carian Universiti,
Bahagian Pentadbiran,
Pejabat Naib Canselor,
43400 UPM SERDANG