WRITING WORKSHOP FOR UPM WRITTERS COMMITTEE 2023 | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » WRITING WORKSHOP FOR UPM WRITTERS COMMITTEE 2023

WRITING WORKSHOP FOR UPM WRITTERS COMMITTEE 2023

Bengkel Penulisan Sidang Pengarang Universiti Putra Malaysia 2023 anjuran bersama Pejabat Naib Canselor menerusi Jawatankuasa Naratif Naib Canselor 2023 dan Jawatankuasa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UPM 2022 telah diadakan dengan jayanya pada 18 hingga 20 Ogos 2023 bertempat di Doubletree Intermark, Kuala Lumpur.

Antara matlamat pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memberi latihan (Masterclass) penulisan kepada sidang pengarang Universiti, memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman kepakaran kepada Sidang Pengarang Universiti, memahami perbezaan konsep penulisan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan dengan penulisan Naratif Naib Canselor serta persediaan merangka penulisan tersebut bagi tahun semasa, dan memberikan ruang interaksi bersama dalam kalangan Sidang Pengarang Universiti dalam memberikan sumbangan penulisan menjayakan penerbitan utama universiti.

Bengkel yang dihadiri seramai 24 orang peserta terdiri daripada pengarang peneraju maklumat utama Universiti dibimbing dan dilatih oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Dato’ Prof. Dr. Muati@Zamri Ahmad, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dan YBrs. Prof. Madya Dr. Adi Yasran.

Majlis Pembukaan Bengkel Sidang Pengarang UPM 2023 ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.

Date of Input: 29/08/2023 | Updated: 29/08/2023 | nazryhisham

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEcSAq~