National Food Security Conference 2023, Strengthens National Food Security Agenda | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » National Food Security Conference 2023, strengthens national food security agenda

National Food Security Conference 2023, strengthens national food security agenda

SERDANG, 15 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menganjurkan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 sejajar dengan hasrat universiti untuk mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara.
 
Menteri KPT, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UPM yang pernah dikhususkan sebagai universiti pertanian diharapkan untuk memberi segala pencerahan dan membina kepakaran dalam bidang pertanian.
 
“UPM yang disokong untuk mengambil segenap inisiatif bagi memusatkan segala sumber dengan tujahan memberi nilai tambah pada sektor pertanian dan penghasilan makanan di negara kita,” katanya.
 
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, UPM mempunyai kekuatan dalam pelbagai skop pertanian selaras dengan bidang tujahan universiti termasuk dalam penggunaan teknologi tinggi serta inovasi baharu yang mampu menganjak sekuriti makanan negara.
 
 
“Dengan penganjuran persidangan ini ianya memberi peluang kepada UPM untuk menjadi pusat rujukan inovasi sekuriti makanan dan perladangan lestari dan pusat rujukan pengembangan pertanian tropika,” katanya.
 
Dato’ Seri Mohamed Khaled turut melancarkan varieti padi Putra 1 dan padi Putra 2 serta menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) pengkomersialan benih padi Putra 1 dan Padi 2 di antara UPM dan Syarikat Putra Agrotech Sendirian Berhad.
 
Sementara itu, persidangan tersebut menghimpunkan 400 peserta memberi peluang untuk perkongsian pengalaman di kalangan penggubal dasar, ahli akademik, penyelidik, usahawan dan komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam bidang pertanian dan sekuriti makanan.
 
Persidangan yang bertemakan “Kelestarian Produktiviti Makanan Negara” akan membincangkan isu-isu sekuriti makanan dalam negara secara intensif selain membentuk kerjasama di antara institusi awam dan swasta, industri dan komuniti pertanian ke arah mencapai pertanian lestari dan kestabilan sekuriti makanan.

Date of Input: 28/08/2023 | Updated: 28/08/2023 | nazryhisham

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEcCAx~