5 Jan - Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr Mohd Roslan Sulaiman telah mengadakan sesi perbincangan dengan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin selepas menghadiri mesyuarat Pasca Kabinet petang Rabu semalam.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato' Naib Canselor berkongsi maklumat mengenai pencapaian dan kedudukan semasa UPM.
Pada masa sama, YB. Menteri Pendidikan Tinggi menyarankan agar UPM sentiasa berusaha memenuhi visi, misi dan matlamat penubuhan universiti dengan menjayakan agenda pertanian dan menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan masyarakat.
YBhg. Naib Canselor turut menyampaikan Buku Diari 2023 UPM kepada YB. Menteri yang menampilkan konsep Kampus Hijau seiring dengan kedudukan UPM sebagai universiti paling lestari di negara berdasarkan UI-GreenMetric 2023.
Pertemuan itu juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain.
Date of Input: 09/01/2023 |
Updated: 09/01/2023 | nazryhisham
MEDIA SHARING