20 B40 Disabled UPM Students Joy To Receive The Raya Donation Presented By The UPM Vice Chancellor | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » 20 B40 disabled UPM students joy to receive the Raya donation presented by the UPM Vice Chancellor

20 B40 disabled UPM students joy to receive the Raya donation presented by the UPM Vice Chancellor

SERDANG, 14 April – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah 20 pelajar B40 Orang Kurang Upaya (OKU) Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah menerima sumbangan duit raya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM.
“Syukur dan rasa senang hati menerima sumbangan duit raya. Terima kasih UPM,” kata Nur Hazira Rusli yang juga OKU penglihatan.
Nur Hazira yang merupakan pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman Di Majlis Iftar Mega Putra 3.0 yang berlangsung semalam.
Katanya, sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli pakaian raya baharu memandangkan beliau masih belum memiliki baju raya sempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Sementara itu, pelajar Bacelor Komunikasi, FBMK UPM, Mas Nur Jannah Maskop yang merupakan OKU fizikal meluahkan niat yang sama untuk membeli baju raya melalui sumbangan duit raya yang diterimanya.
“Selain itu, saya juga hendak membeli dodol untuk memeriahkan suasana raya bersama keluarga di Muar, Johor. Sumbangan duit raya yang UPM berikan ini amat membantu kami yang memerlukan,” katanya. -UPM
 

Date of Input: 18/04/2023 | Updated: 18/04/2023 | nazryhisham

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXFDGA1~