Show Case Urban Agriculture (Rosemary) | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» BEST PRACTISE » URBAN AGRICULTURE » Show Case Urban Agriculture (Rosemary)

Show Case Urban Agriculture (Rosemary)


Nama Saintifik : Rosmarinus officinalis
Nama Tempatan : Rosemary
Asal : Berasal dari kawasan Mediteranian
Morfologi : Tanaman ini mengeluarkan aroma wangi. Bunganya kecil-kecil warna ungu, daun berbentuk jarum tapi lembut, panjang 2-2,5 cm.
Kegunaan : Membantu meningkatkan daya ingatan, melegakan sakit otot, merangsang pertumbuhan rambut, dan menyokong sistem peredaran darah dan saraf
Cara penanaman : Boleh dibiakkan menggunakan keratan batang dan biji benih. Lembapkan tanah semaian atau topsoil. Jika terlalu banyak tanah liat, campurkan sedikit pasir. Jangan biarkan air bertakung. Buang semua daun kira-kira 1 inci dari pangkal. Dengan menggunakan kayu atau belakang pensel, buat cucuk tanah untuk membuat lubang kira-kira 4 cm (1.5 inci). Tanam keratan dan kambus lubang dengan tanah yang ringan. Biarkan bekas semaian di tempat redup tetapi ada angin (udara bebas mengalir untuk elakkan keratan dijangkiti kulat. Tidak perlu siram. Semburkan air hanya jika tanah terlalu kering.Selepas seminggu letakkan di tempat yang kena cahaya matahari secara terus (terang) selama 2 atau 3 jam sehari untuk kukuhkan semaian. Bila pokok dah kukuh, (2 minggu kemudian) letak di tempat yang kena cahaya matahari pagi (direct sunlight). Kurangkan siraman air.Alih ke dalam pasu yang lebih besar bila akar memenuhi bekas semaian, biasanya 2 minggu kemudian. Gunakan tanah topsoil yang dicampur dengan pasir dan baja organik (pellet tinja ayam atau kambing). Letak di tempat yang tidak terlindung yang mendapat cahaya sepenuhnya. Siram dengan air yang sedikit setiap 2 hari. Apabila pokok dah rimbun, alih ke tanah atau ke dalam pasu yang besar.
Sumber : 1. http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-pokok-rosemary.html 2. https://umm.edu/health/medical/altmed/herb/rosemary

Updated:: 04/12/2015

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466001
0389483244
C1511536002