Show Case Urban Agriculture (Pandan)


Nama Saintifik : Pandanus amryllifolius Roxb.
Nama Tempatan : Pandan
Taburan Ekologi : Dari Maluku, berkembang di seluruh Asia Tenggara
Morfologi : Herba besar dengan batang kurus, banyak akar udara, daun banyak, panjang, tirus dan meruncing kearah.
Kegunaan : Mengubati penyakit lemah saraf, mengatasi masalah angin dalam badan, mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur, menurunkan tekanan darah tinggi, melembutkan daging dalam masakan, mengecutkan rahim bagi wanita selepas bersalin, menyembuhkan gejala payudara bengkak dan sebagai pewarna dalam masakan.
Cara penanaman : Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok. Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok. Tabur baja NPK (15:15:15) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm/pokok bagi tanaman seperti di sekitar rumah.
Sumber 1. http://www.conservatorypark.upm.my 2. http://www.khasiatherba.com/rempah/khasiat-daun-pandan.html