Show Case Urban Agriculture (Jeremin)


Nama Saintifik : Pelargonium radula
Nama Tempatan : Jeremin, pokok halau nyamuk
Asal : Afrika Selatan
Morfologi : Pokok renek dengan daun hijau kesat serta mampu mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan ungu pada keadaan suhu yang sesuai.
Kegunaan : Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.
Cara penanaman : Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. a membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual(sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan kering.
Sumber : 1. http://www.theplantlist.org/tpl1.1/record/tro-13900617 2. https://www.rhs.org.uk/Plants/119280/i-Pelargonium-i-Radula-(Sc)