INTRODUCTION OF URBAN AGRICULTURE | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» BEST PRACTISE » URBAN AGRICULTURE » INTRODUCTION OF URBAN AGRICULTURE

INTRODUCTION OF URBAN AGRICULTURE

Pertanian Bandaran ialah pertanian di kawasan Bandar untuk pengeluaran produk segar seperti sayuran, buah-buahan, tanaman hiasan, ulaman, herba dan ikan. Ia juga merangkumi penghasilan kompos dari bahan buangan organik bandaran, penyimpanan air hujan, pemprosesan makanan, pemasaran dan sebagainya. Pelaksanaannya melibatkan masyarakat bandar samada  di kawasan sekeliling Bandar, kawasan lapang dalam Bandar, persekitaran rumah dan perumahan, hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain.

UPM sebagai universiti yang berteraskan pertanian mempunyai kepakaran yang boleh digembelingkan, lalu pelajar yang terlatih mampu menjayakan program Pertanian Bandaran ini. Hasil penyelidikan penyelidik di dalam bidang masing-masing akan diaplikasikan di dalam pembangunan Pertanian Bandaran ini.

Kategori Pertanian Bandaran

  1. Pertanian berteknologi tinggi yang melibatkan pengeluaran hasil tanaman menggunakan teknologi tinggi seperti sensor, tenaga solar, modifikasi persekitaran akar dan perkayaan karbon dioksidaContohnya Pertanian Menegak, Pertanian Bertingkat dan Rumah Hijau Pintar
  2. Pertanian institusi pula melibatkan pengeluaran makanan di ruang pejabat, sekolah dan hospital. Ia melibatkan kawasan lapang, bumbung bangunan dan ruang legar
  3. Pertanian komuniti Bandar seperti Piskiponik (Tanaman + Ikan), penghasilan tanaman di kawasan terbiar, penggunaan kawasan yang telah dikhususkan, pengkomposan bahan buangan bandar bersesuaian dengan konsep penukaran bahan buangan kepada bahan yang boleh dikomersilkan dan penerapan Amalan Pertanian Baik dikalangan mereka yang terlibat

 

Piskiponik

Kelebihan Pertanian Bandaran

  1. Jaminan dan keselamatan makanan di kawasan bandar
  2. Pembangunan ekonomi setempat
  3. Pengurusan lestari persekitaran bandar seperti mengurangkan jarak pergerakan hasil segar, penghijauan bandar dan pengawalan jejak karbon
  4. Impak sosial dan ekonomi dari segi pengurangan perbelanjaan isi rumah, sumber kewangan bagi yang berpendapatan rendah dan masyarakat harmoni kerana aktiviti yang lebih berbentuk kekeluargaan dan komuniti
  5. Penggunaan tanah yang optima

Objektif

Memberi khidmat nasihat tentang pertanian bandaran kepada masyarakat bandar. Terdapatnya kini teknologi dan kepakaran dalam bidang pertanian yang boleh menyumbang kepada kejayaan program ini. Hal ini disokong dengan adanya program pengembangan yang boleh membimbing masyarakat bandar melakukannya
 
Merealisasikan kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang pertanian bandaran
 
Dengan meningkatnya jumlah penduduk negara dan bertambahnya penduduk bandar menyebabkan permintaan bekalan makanan turut meningkat. Terdapatnya tanah dan pengairan yang bersesuaian di bandar atau sekitarnya boleh menghasilkan makanan

Pertanian bandaran dapat memenuhi hasrat kerajaan menambah pengeluaran makanan. Ianya dapat menyumbang kepada penjimatan pengimportan makanan negara. Penjimatan ini boleh disalurkan semula kepada rakyat




Updated:: 04/10/2016

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466001
0389483244
C1511576057