| PEJABAT NAIB CANSELOR

PUTRA Future Classroom Menggapai Revolusi Industri 4.0

Ringkasan Artikel

Revolusi industri 4.0 kini hangat diperkatakan terutamanya dari kalangan golongan cendekiawan, industri, politikus dan industri. Istilah masa hadapan seperti artificial intelligent, augmented and virtual reality, transformasi digital, dan pengkomputeran awan merupakan teknologi terkini yang mencorakkan kehidupan

Revolusi industri 4.0 kini hangat diperkatakan terutamanya dari kalangan golongan cendekiawan, industri, politikus dan industri.  Istilah masa hadapan seperti artificial intelligent, augmented and virtual reality, transformasi digital, dan pengkomputeran awan merupakan teknologi terkini yang mencorakkan kehidupan dan pekerjaan manusia, menjadi ungkapan yang sentiasa meniti di bibir.

Institusi pengajian tinggi sekali lagi menjadi sasaran polemik golongan tersebut d atas dari segi keupayaan memberi respons terhadap perubahan dan kemajuan sains dan teknologi yang turut mewarnai gaya dan corak kehidupan masa hadapan. Ilmu, teknologi, kandungan pendidikan dan kaedah penyampaian era industri 4.0 menuntut transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Majlis Pra-Pelancaran Putra Future Classroom (PFC) di Fakulti Pengajian Pendidikan pada 20 Disember 2017 merupakan satu manifestasi komitmen UPM yang sentiasa bergerak kehadapan untuk menjadi agen perubahan demi mendepani cabaran masa hadapan. Untuk memastikan PFC menjadi satu wahana yang efisyen, lawatan penanda aras telah dibuat ke universiti dan industri termasuk Universiti Multimedia Malaysia, Huawei Malaysia, Clouston Design dan Microsoft Malaysia, Harvard University dan University of Illinois at Urbana Champaign di Amerika Syarikat serta University of Technology, Sydney dan Open Learning Global di Australia untuk membantu persediaan spesifikasi dan infrastruktur yang diperlukan.

 


PFC akan tersedia sebagai pusat rujukan prototaip bilik darjah atau bilik kuliah masa depan yang menggunakan amalan terbaik pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran. Ia juga berperanan sebagai launching pad’ teknologi dan test bed’ sampel kelas atau bilik kuliah abad ke 21 yang akan sentiasa mengalami perubahan selaras dengan matlamat melahirkan generasi pelajar ‘ulul albab’ yang future proof, teguh jati diri dan berpekerti unggul.  Penggunaan pendekatan pembelajaran dan pengajaran terkini yang interaktif, teradun dan aplikasi teknologi canggih mudah alih seperti cloud, augmented dan virtual reality, internet of things, data analytics dan artificial intelligence serta pelbagai lagi dengan berpandukan kepada teras falsafah pendidikan yang menjadi akar dan dasar kepada setiap perencanaan PFC. Kurikulum PFC juga direka untuk lebih customised dan personalized berdasarkan kerangka pendidikan yang mengambil kira aspek ekosistem kondusif, psikologi pembelajaran, interaksi ruang dan masa, aplikasi teknologi dan penerapan nilai insaniah.

 

  

 


Kejayaan PFC ini akan menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih sistematik dan strategik untuk melahirkan generasi pelajar dan pendidik ulul albab yang future proof dalam konteks yang luas merangkumi penerokaan ilmu duniawi dan ukhrawi.

 

| Petikan dari naskhah buku Laporan Tahunan UPM 2017 |

 

Penulis: Tuan Haji Rosdi Wah

 

SXETOAh~