Keterserlahan UPM Sebagai Peneraju Penyelidikan Sekuriti Makanan Negara | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» ARTICLE » Keterserlahan UPM Sebagai Peneraju Penyelidikan Sekuriti Makanan Negara

Keterserlahan UPM Sebagai Peneraju Penyelidikan Sekuriti Makanan Negara

Pada masa kini, negara mempunyai bekalan makanan yang stabil kerana disokong melalui pengimportan makanan daripada luar negara. Namun, kestabilan ini begitu rapuh kerana kebergantungan negara kepada bekalan makanan import dikhuatiri akan mendatangkan masalah seperti kenaikan harga bekalan makanan import, ketidakstabilan politik dan bencana alam yang berlaku kepada negara pengekspot.

Untuk menyahut cabaran ini, UPM telah memperkukuh fungsinya dalam menerajui penyelidikan berkaitan sekuriti makanan negara. Kecemerlangan penyelidikan UPM dalam sektor sekuriti makanan terserlah susulan kejayaan dua buah institut penyelidikan UPM diberi penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centre of Excellence, HICoE) Teras Penyelidikan dan Inovasi. Pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) menjadikan jumlah keseluruhan HICoE di UPM ialah tiga buah selain Institut Biosains (IBS).

Penarafan HICoE kepada ITAFoS adalah bagi bidang tujahan Agromakanan Tropika. ITAFoS meletakkan agenda sekuriti makanan sebagai tumpuan utama bagi penyelidikan multidisiplin berimpak mereka. Jaringan yang kukuh dengan universiti di dalam dan luar negara, institusi penyelidikan dan industri menghasilkan kejayaan dalam pencapaian matlamat ITAFoS sebagai institusi primer untuk agromakanan tropika dan sekuriti makanan.

INTROP pula diberi penarafan HICoE dalam bidang tujahan Gentian dan Kayu Tropika. Tumpuan kepada aktiviti penyelidikan yang dikawal dan didorong oleh teknologi mesra alam melalui pengoptimuman pengurusan mampan sumber biologi yang baik digambarkan dalam tema: "Inovasi Hijau Masa Depan yang Mampan", menjadikan INTROP sebagai pusat rujukan kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang Biokomposit Tropika dan Pengurusan Kanopi Hutan.

Program HICoE menerima geran penyelidikan HICoE tahun pertama masing-masing berjumlah RM3,000,000.00.

 

 

 

| Petikan dari naskhah buku Laporan Tahunan UPM 2017 |

 

Penulis: Encik Shahriman Hashim

Date of Input: 24/07/2018 | Updated: 27/07/2018 | ahmadazlan

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466001
0389483244
C1540163728