Agriculture Visibility | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» ARTICLE » Agriculture Visibility

Agriculture Visibility

Visibiliti Pertanian UPM

Sejajar dengan peranan pertanian sebagai bidang kebitaraan UPM, inisiatif pertanian digerakkan secara agresif melalui program keterlihatan yang bersepadu, khususnya untuk menjadikan UPM sebagai Taman Botani. Pada 2016, projek Inisiatif Keterlihatan Pertanian UPM telah dirangka untuk memenuhi enam sasaran objektif seperti yang berikut:

  1. Menonjolkan disiplin pertanian sebagai bidang tujahan UPM melalui komunikasi

strategik yang menyasarkan pelbagai kumpulan pembuat dasar, pemegang taruh dan masyarakat;

  1. Menyebarluaskan teknologi dan inovasi pertanian UPM;
  2. Menyediakan prasarana untuk mengadakan pameran tentang keunggulan pertanian UPM pada peringkat tempatan dan antarabangsa;
  3. Menjadikan UPM sebagai peneraju kampus contoh pertanian bandaran;
  4. Menambah bilangan pameran eDU-PARK®UPM dan menjadi salah satu destinasi Agro-Tourism Malaysia; dan
  5. Menjadikan UPM sebagai universiti awam kampus dalam taman dan seterusnya menjadi Taman Botani Pertanian.

 

Dengan berdasarkan objektif di atas, UPM telah mengenal pasti empat program utama

 

Inisiatif Keterlihatan Pertanian 2016, iaitu:

  1. Menerbitkan Booklets dan Leaflets informasi pertanian;
  2. Menaik taraf kemudahan dan memperindah lokasi eDU-PARK®;
  3. Membangunkan Taman Botani UPM; dan
  4. Melaksanakan Pertanian Bandaran.

 

Setiap program mempunyai peneraju yang dilantik untuk memastikan perlaksanaan inisiatif mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penerbitan buku nipis dan risalah informasi pertanian serta pelaksanaan Pertanian Bandaran telah  dipertanggungjawabkan kepada Fakulti Pertanian, Taman Pertanian Universiti, Pusat Alumni, serta Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm). Manakala bagi inisiatif menaik taraf kemudahan dan memperindah lokasi eDU-PARK® dan membangunkan UPM Taman Botani telah digerakkan oleh Putra Science Park dan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset.

Updated:: 15/08/2017 [mnazrimy]

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466001
0389483244
C1511536011