DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

oshpnc


DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2013 


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA beriltizam untuk membangunkan persekitaran dan menerapkan budaya kerja yang selamat dan sihat melalui perkongsian tanggungjawab antara pihak pengurusan dengan komuniti kampus mengikut kapasiti masing-masing untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

Isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan akan diberi kepentingan dan diambil tindakan yang sama status kepentingannya dengan matlamat utama UPM

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan dilaksanakan dan disemak semula dari semasa ke semasa untuk memastikan adanya kesinambungan program kea rah pembaikan yang berterusan


[Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013]